Tuesday 17 January 2012

Myvi 1.5 Lagi Power Lagi Bestt..Yeehaaa


TUESDAY, JANUARY 17, 2012

ada apa dengan myvi se 1.5?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ada sesiapa pembaca di sini yang dah memiliki kereta Myvi SE 1.5 ni? Kalau ada tahniah KAMI ucapkan kerana anda telah pun memilikinya. Bukan senang nak ada kereta baru, dengan bayaran bulanan lagi, pening juga kepala.

Nak beli tak mampu, dapat berkongsi serba sedikit tentang kereta baru ni kepada semua pembaca pun dah kira bersyukur. Sekurangnya dapat membantu pembaca untuk membuat keputusan sama ada nak beli atau tidak Myvi SE 1.5 ni.


Itu dia emblem Myvi SE 1.5 nampak berkilat dan terserlah kebaruannya. Hee. Kereta ini dijanakan dengan enjin berkuasa 1.5 yakni lebih besar daripada myvi keluaran yang sebelumnya. Kalau yang sebelum ni hanya 1.3 sahaja pun dah berdesup desup atas highway, inikan yang 1.5 pula, memang boleh terbanglah jawabnya. Hee.

Mengenai prestasi enjinnya, selepas seminggu kereta ni dapat di tangan owner, KAMI telah cuba memecutkan kereta ini selaju yang boleh di atas highway ketika menuju ke Kuala Lumpur. Setakat 180 km/j tu sekejap je dah dapat (mat kereta mesti faham ayat ni)

Dan dengan kelajuan 180 km/j di atas highway, kereta ini sangat stabil dan tidak bergegar seperti kereta lain.Maknanya, kalau anda lebih berani, bolehlah tekan pelaras minyak dengan lebih lagi untuk mencapai meter penuh 220 km/j. Hee.

Max 220km/h


Gambar di ats ialah antara muka panel meternya. Lebih kemas dan bergaya. Mempunyai range kilometer bekalan minyak di dalam tangki. Sangat bagus untuk perjalanan jauh.




 

Di atas ialah gambar dashboard dan konsol gear di tengah. Apabila konsol gear ini dinaikkan ke tengah, ianya memberikan ruang yang selesa kepada pemandu dan co-pemandu. Memang sangat sangat selesa dan luas.

Ianya juga dilengkapi dengan radio skrin sentuh yang terbina di dalamnya gps yang mempunyai suara awek yang ooohhhhh, cair dengar. Hee. Terdapat juga pemain cd, dan juga usb.

Back leather seat look very stylish



look sporty 
can read inside this brochure




Sangat luas untuk kerja pengangkutan barang pindah.

Seat belakang boleh laras sehingga rata.





Pandangan sisi.

Kelebihan kereta ini :
- Mempunyai 1.5 liter enjin yang agak sesuai untuk perjalanan jauh.
- Keselesaan dan keluasan pemandu dan penumpang.
- Seat pemandu yang boleh laras ketinggiannya.
- Cermin sisi yang auto flip.
- Pancutan air cermin yang berseluruh.

Kekurangan kereta ini (bagi pendapat KAMI) :
- Dashboard yang terlalu kosong.
- Kurang tempat untuk letak barang di dashboard.
- Penggunaan handbrake yang tidak relevan, patutnya dah boleh guna legbrake.
- Tidak mempunyai auto-cruise.
- Tiada ruang barang di pintu hadapan.

Apamacam kome semua? Menarik x kete Myvi 1.5 ni?
Segalanya terserah kepada anda, kalau dah minat tu, rembat saja, jangan tunggu lama lama. Hee. Tapi mungkin harganya yang membuatkan ramai tidak membelinya. Apa nak buat, dah harganya begitukan, hee.

Lagi power, lagi best, yihaaaa!!!

No comments:

Post a Comment